Keahlian Che Abdullah gugur serta-merta: Pas

Iklan
Tuan Ibrahim

SHAH ALAM - Penyandang kerusi Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang diumumkan akan mempertahankan kerusi tersebut menggunakan tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah digugurkan keahlian Pas serta-merta.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakannya menjadi calon BN adalah menentang arus dan tidak selari dengan panduan syarak.

Iklan
Iklan

"Apapun dalam sistem demokrasi mereka bebas untuk bertanding,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sebelum ini, Che Abdullah dilaporkan tidak dicalonkan kerana gagal mendapat kelulusan daripada Majlis Syura Ulama.

Iklan

Pada PRU14 lalu, Che Abdullah menang dengan majoriti 17,500 sekali gus menewaskan calon BN dan Pakatan Harapan (PH).

Beliau memperoleh undian sebanyak 47,041 undi, BN (29,541) dan PH (10,003).

Iklan

Pada PRU15, Pas meletakkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, Datuk Mumtaz Md Nawi sebagai calon Parlimen Tumpat.

Sementara itu, Pas Terengganu mempertaruhkan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Datuk Dr Alias Razak sebagai calonnya di Parlimen Kuala Nerus bagi menggantikan Mohd Khairuddin.

Pada PRU14 lalu, Mohd Khairuddin meraih 37,974 undi menewaskan calon dari BN, Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang mendapat 29,527 undi.

Beliau turut menewaskan calon dari PH, Abdullah Muhammad yang memperoleh 4,604 undi.