Lebih ramai pemimpin UMNO akan dekati PN: Abdul Hadi
Iklan
Abdul Hadi (kanan) ketika sidang akhbar selepas memperkenalkan calon Parlimen PN Kedah pada PRU15 di Kompleks Pas Kedah pada Rabu malam.
ALOR SETAR - Prestasi Perikatan Nasional (PN) yang kini berada di tahap terbaik mendorong lebih ramai pemimpin UMNO yang digugurkan daripada senarai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mendekati parti gabungan terbabit.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, mereka bersedia menerima sesiapa sahaja yang mahu bekerjasama dengan PN asalkan bersetuju untuk membentuk kerajaan yang bersih dan stabil.
Iklan
Iklan
"Dia (politik) macam saham, ada turun naik, bila saham tengah naik, ramai yang datang beri sokongan.
"Tetapi itu urusan mereka, terpulang kepada mereka, kita mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyokong kita," katanya ketika sidang akhbar selepas memperkenalkan calon Parlimen PN Kedah pada PRU15 di Kompleks Pas Kedah pada Rabu malam.
Iklan
Menjawab pertanyaan sama ada penyandang Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bakal bertanding di Arau di bawah tiket PN, Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN, enggan mengulas lanjut dan meminta untuk menunggu hari penamaan calon pada Sabtu ini.
Pada Selasa malam, pengumuman calon BN oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan Shahidan digugurkan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Arau dan digantikan dengan Datuk Rozabil Abdul Rahman.
Iklan
Shahidan yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau bagaimanapun dilaporkan berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Arau walaupun terpaksa menggunakan 'tiket' parti lain.
Beliau mendakwa menerima banyak tawaran daripada parti lain tetapi masih belum memuktamadkan parti politik mana yang akan diwakilinya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>