PRU15: BN Kelantan kemuka nama Annuar Musa sebagai calon

Iklan
Ahmad Jazlan (kiri) menyerahkan bendera BN kepada Annuar semasa majlis pelancaran Jentera BN di Labok, Machang pada Isnin.

MACHANG - BN Kelantan mengesahkan pihaknya sudah mengemukakan nama penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa untuk diangkat menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, selain Annuar, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li turut dicalonkan selaku penyandang termasuklah nama beliau.

Iklan
Iklan

"Ketiga-tiga nama penyandang kerusi ini diberikan keutamaan untuk dikekalkan sebagai calon.

"Bagaimanapun semua itu diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membuat keputusan," katanya semasa sidang akbar pelancaran Jentera BN di Labok, di sini pada Isnin.

Iklan

Menurut beliau, tugasnya di peringkat negeri sudah selesai dengan mengemukakan calon untuk mewakili BN di Kelantan pada PRU15 itu nanti.

Ahmad Jazlan berkata, semua yang tersebar berkait dengan calon itu boleh disifatkan sebagai khabar angin.

Iklan

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Annuar dikhabarkan tidak tercalon untuk mempertahankan kawasan itu pada PRU15.

'Khabar angin' itu mula bertiup kencang sejak Ahad sekali gus menimbulkan pelbagai polemik dalam kalangan ahli politik di negeri ini termasuklah Parlimen Ketereh.

Pada PRU14 Annuar berjaya mempertahankan kerusi yang dimenanginya sebelum itu dengan meraih majoriti 4,626 undi menewaskan calon Pas (Wan Ismail Wan Jusoh) dan PKR (Datuk Dr Mohd Radzi Jidin).

Annuar memperoleh sebanyak 25,467 undi, Pas (20,841) dan PKR (6,799).