PRU15: Takiyuddin pertahan kerusi Parlimen Kota Bharu

Iklan
Takiyuddin

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan akan mempertahankan kerusi Parlimen Kota Bharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu disahkannya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Program Tenaga Hijau Korporat, di Suruhanjaya Tenaga, dekat sini pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Nampaknya begitu (kekal di Kota Bharu)," katanya.

Menurutnya, pada PRU kali ini, Pas menampilkan masing-masing 10 peratus kuota calon wanita dan muka baharu.

Iklan

Ditanya adakah keputusan untuk merehatkan penyandang telah dimaklumkan, Takiyuddin berkata"Kita dalam Pas senang, apa jua keputusan yang dibuat parti diterima baik oleh ahli. Tiada yang merajuk," katanya.

Pas dijangka akan mengumumkan calon parti peringkat negeri pada Rabu ini.

Iklan