Milan turun ke tangga ketiga Serie A

Iklan
Reaksi pemain AC Milan selepas tewas kepada Torino dalam saingan Serie A awal pagi Isnin.

REKOD tanpa kalah AC Milan dalam empat perlawanan liga lebur selepas pasukan itu tewas kepada Torino 2-1 dalam aksi Serie A awal pagi Isnin.

Beraksi di laman sendiri, ia nyata memberi kelebihan buat Torino apabila berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-37 menerusi tandukan Koffi Djidji.

Iklan
Iklan

Dua minit berselang, Torino sekali membolosi gawang Milan kali ini menerusi rembatan deras Aleksei Miranchuk menewaskan Ciprian Tatarusanu.

AC Milan berjaya merapatkan kedudukan apabila berjaya membolosi gawang Torino pada minit ke-67 melalui Junior Messias namun ia tidak cukup untuk menidakkan kemenangan buat pasukan tuan rumah.

Iklan

"Ia sudah tentu bukan malam yang indah buat pasukan. Mereka sebenarnya mampu untuk bertahan dan menyerang dengan lebih baik berbanding apa yang ditampilkan.

"Pasukan cuba bangkit pada separuh masa kedua, dan mereka menampilkan aksi yang berbeza cumanya pemain gagal untuk merapatkan kedudukan dengan cepat. Mereka perlu bangkit untuk perlawanan seterusnya,”kata pengendali Milan Stefano Pioli.

Iklan

Kekalahan itu menyaksikan Milan turun satu anak tangga untuk berada di kedudukan ketiga dengan dibezakan enam mata berbanding pendahulu Serie A, Napoli.