MSN kekal sasaran emas sebagai KPI kontinjen negara

Iklan
Jefri. Foto: Bernama

MAJLIS Sukan Negara (MSN) akan terus menjadikan jumlah pingat emas sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) kontinjen Malaysia dalam penyertaan pada temasya sukan utama.

Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin berkata, pendekatan itu dipersetujui pengurusan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta MSN, termasuk bagi menghadapi Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang bermula 19 September ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penetapan sasaran mengikut warna pingat kembali digunakan pada Sukan Komanwel Glasgow pada Ogos lalu selepas beberapa temasya sebelum ini menggunakan pendekatan sasaran jumlah pingat keseluruhan.

"Manakala pada tahun depan kita akan anjurkan Sukan SEA dan kita dah umum nak jadi juara keseluruhan dan naib juara bagi Sukan Para ASEAN. Jadi memang sasaran itu akan kekal," katanya.

Iklan

Bagi Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, Ketua Kontinjen (CDM), Datuk Mohd Sumali Reduan sebelum ini mengumumkan Malaysia menyasarkan enam pingat emas, tujuh perak dan 20 gangsa.

Jefri berkata, penetapan sasaran emas itu juga akan menjadi sebahagian daripada hala tuju prestasi negara bagi menghadapi temasya besar pada masa akan datang.

Iklan

Malaysia sebelum ini tidak menetapkan sasaran mengikut warna pingat ketika menyertai Sukan Asia Hangzhou 2022, sebaliknya meletakkan sasaran 27 pingat secara keseluruhan.

Pendekatan berkenaan turut digunakan dalam beberapa temasya selepas itu sebelum MSN dan KBS kembali menetapkan sasaran berdasarkan kutipan pingat emas pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.