Waytha Moorthy, Saifuddin berbalah isu ICERD

Iklan
Kenyataan Waytha Moorthy (tengah) pada Jumaat.

SHAH ALAM - Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan bekas Menteri Perpaduan, P Waytha Moorthy dikatakan sedang berbalah mengenai isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Ia susulan selepas kedua-dua mereka saling tuduh menuduh tentang siapa yang bertanggungjawab dalam meratifikasinya ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara sebelum ini.

Iklan
Iklan

Waytha dalam kenyataan pada Jumaat menafikan dakwaan Saifuddin apabila mengatakan beliau merupakan individu yang mengendalikan perkara tersebut.

"Isu ICERD tercetus kerana Saifuddin menyelitkan komitmen Malaysia dalam ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang disampaikan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Iklan

"Ia adalah fakta yang diketahui umum bahawa dia sendiri melakukannya sebagai sebahagian daripada manifesto PH untuk meratifikasi semua konvensyen PBB yang masih ada,” kata beliau.

Sebelum ini, Saifuddin Abdullah memberitahu bahawa beliau tidak terlibat dengan usaha meratifikasikan ICERD semasa menjadi Menteri Luar pada era PH.

Iklan

Jelasnya, ICERD juga dinyatakan beliau sebagai bukan suatu keutamaan kepada negara ketika itu.

Ujarnya, sehingga kini beliau masih hairan kenapa ramai pihak cuba menyalahkannya mengenai isu ICERD.

Sementara itu, Waytha Moorthy mengulas, tuduhan yang dilemparkan Saifuddin membuktikannya terdesak untuk mengelak daripada liabiliti dan tanggungjawab sebagai Menteri Luar ketika itu.

"Dia harus membesar dan menerima peranannya dalam meyakinkan Dr Mahathir untuk menyampaikan komitmen Malaysia bagi menerima ICERD pada ucapan perhimpunan PBB,” tambah beliau.