[VIDEO] Shafee bersyukur, gembira dibebaskan semua pertuduhan

Iklan
Mohamad Shafee ketika bercakap kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, jelas gembira dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya dari semua empat pertuduhan terhadap dirinya pada Jumaat.

Beliau yang ditemui di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sejurus selesai prosiding kes pengubahan wang RM9.5 juta menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pasukan pembelaannya.

Iklan
Iklan

"Hujah berkenaan amat utuh dan original malah sesuatu yang baharu dalam undang-undang khususnya membabitkan AMLA (pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram)," katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini pada Jumaat.

Muhammad Shafee berkata, beliau amat berterima kasih kepada pasukan pembelaannya yang telah membuat kajian terperinci dan menghasilkan hujah-hujah yang jitu sehingga meyakinkan mahkamah untuk membebaskan dirinya daripada semua pertuduhan.

Iklan

Pada Jumaat Sinar Harian melaporkan, Mohammad Shafee, 70, dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan membuat penyata pendapatan tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muhammad Shafee.

Iklan