PN Pahang tawar kerajaan berintegriti, bersih
Iklan
Saifuddin (tengah) melancarkan jentera PRU15 PN Parlimen P84 Paya Besar di Dewan D'Persada Baroqah di sini pada malam Khamis.
KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Perikatan Nasional (PN) Pahang menjanjikan sebuah kerajaan yang berintegriti dan bersih, jika dapat membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada kali ini.
Pengerusi PN negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, hanya PN yang boleh membangkitkan dan memberi jaminan pemerintahan yang bebas rasuah.
Iklan
Iklan
"Yang kita janjikan adalah kerajaan yang berintegriti di peringkat Persekutuan dan negeri. Kita juga mahu menjadi (pemerintah) bersih," katanya ketika berucap pelancaran jentera PRU15 PN Parlimen P84 Paya Besar di Dewan D'Persada Baroqah di sini pada malam Khamis.
Saifuddin turut merasmikan pelancaran jentera PRU15 PN Parlimen Paya Besar yang dihadiri Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar dan wakil daripada Parti Gerakan.
Iklan
Beliau menjelaskan, setakat ini tiada seorang pemimpin Pas yang mentadbir negeri sama ada di Kelantan dan Terengganu terpalit isu rasuah.
Malah katanya, menteri daripada Pas yang bersama menganggotai kabinet juga tidak mempunyai masalah dan menjalankan tugas dengan baik.
Iklan
"Pahang ada isu air dengan kerajaan Persekutuan dari zaman BN, ada hutang, tujuh tahun lalu. Tidak selesai dan silih berganti menteri yang jaga air (Menteri Alam Sekitar dan Air).
"Isu ini berlarutan ketika menteri daripada BN, selepas itu, daripada Pakatan Harapan (PH) seterusnya PN. Kemudian Tuan Ibrahim (Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) yang menjadi menteri yang menjaga air pada ketika ini membantu menyelesaikan hutang kerajaan Pahang dengan Persekutuan.
"Jadi, janganlah tengok orang itu pakai songkok, kopiah, ada janggut, kita fikir mereka tidak pandai mentadbir, tapi kita perlu lihat sahsiahnya rasuah atau tidak rasuah, ada integriti atau tidak," jelas beliau lagi.
Menjawab pertanyaan PN mampu menang di Pahang, Saifuddin yang juga penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota memaklumkan, PN tidak mustahil mampu menawan Pahang.
Katanya, keyakinan ini disuarakan selepas melihat kekuatan gabungan dalam PN dan sepakatan yang gitu antara parti dalam komponen.
"Ada yang ada tanya boleh ke PN menang di Pahang? Saya kata Bersatu tiada kerusi dan kami tiada kerusi menang dalam DUN. Tapi Pas ada lapan kerusi DUN pada pilihan raya lalu.
"Tidak silap saya Pas hampir menang 11 kerusi atau lebih itu termasuk di DUN Semambu dalam Parlimen Indera Mahkota. Kalau campur kerusi yang Pas kalah tipis, PN boleh menerajui Pahang," ujar beliau.
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao berpuas hati dengan perjalanan proses undi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain.
Sock Tao berkata, dengan proses yang lancar itu secara langsung dapat memastikan ramai keluar mengundi.
Jelasnya, keadaan pengundian awal daripada pemerhatiannya sangat teratur dan berjalan lancar.
Beliau berterima kasih kepada pegawai dan anggota serta semua pihak yang terlibat dalam proses undi awal.
Sock Tao terdahulu tiba Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu kira-kira jam 9.05 pagi diiringi seorang pegawainya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663290/berita/politik/prk-kkb-calon-ph-puas-hati-proses-undi-awal-berjalan-lancar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com