PRU15: 3,700 pegawai, anggota polis digerakkan di NS
Iklan
Ahmad Dzaffir
SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan menggerakkan 3,700 pegawai kanan dan rendah bagi penugasan di seluruh negeri ini sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Polis Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan semua agensi termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan keselamatan dan proses pengundian berjalan lancar.
Iklan
Iklan
"Polis Kontinjen Negeri Sembilan sudah bersiap siaga bagi menghadapi PRU15 yang bakal berlangsung nanti dan akan gerakkan 3,700 anggota kita sepanjang tempoh itu,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
SPR menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian bagi PRU15, penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November.
Iklan
Sementara itu, Ahmad Dzaffir berkata, pada masa sama persiapan penugasan untuk bencana Monsun Timur Laut juga dalam keadaan siap sedia dengan sumber manusia dan aset kelengkapan untuk digerakkan.
Beliau berkata, pihaknya sentiasa komited dalam menjalankan penugasan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa dipelihara. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="‘Kami tidak pilih atau turunkan Yang di-Pertuan Besar’ - MB Negeri Sembilan"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim menegaskan bahawa beliau dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tidak membuat keputusan untuk menurunkan atau melantik Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Sebaliknya, beliau berkata, mereka membuat keputusan berhubung pendirian pentadbiran negeri terhadap proklamasi yang dikemukakan sebagai keputusan Undang Yang Empat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797685/edisi/melaka-ns/kami-tidak-pilih-atau-turunkan-yang-di-pertuan-besar---mb-negeri-sembilan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KrisisNegeriSembilan #MBNegeriSembilan #IsmailLasim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T08:25:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcf8ca"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcf8ca"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcf8ca"></script>