GP Malaysia: Damok kecewa gagal lebih pantas

Iklan
Damok

PELUMBA muda negara Syarifuddin Azman tidak berpuas hati dengan persembahannya selepas menamatkan saingan Moto3 di tempat ke-16 pada Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia pada Ahad.

Syarifuddin yang lebih dikenali sebagai Damok menyifatkan prestasinya dalam perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedikit sebanyak dipengaruhi tetapan jentera yang digunakan.

Iklan
Iklan

Pelumba kelahiran Terengganu berusia 20 tahun itu yang berlumba atas tiket wild card bersama Vision Track Racing Team mencatatkan masa 38 minit dan 19.401 saat (s) selepas bermula di petak ke-21.

"Namun, saya masih cuba untuk kekalkan momentum dan hanya berjaya tamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16. Saya rasa tiada kelemahan yang perlu diperbaiki cuma masalah dekat jentera saja," katanya kepada pemberita selepas perlumbaan.

Iklan

Dalam saingan itu, John McPhee dari Great Britain yang beraksi bersama Sterilgarda Husqvarna Max menamatkan cabaran di tempat pertama dengan catatan masa 38:04.589s, serta rakan sepasukan Ayumu Sasaki dari Jepun di tempat kedua (38:04.637s).

Pelumba Sepanyol Sergio Garcia pula berada di kedudukan ketiga selepas mencatatkan 38:04.735s bersama pasukan Gaviota GASGAS Aspar.

Iklan

Walaupun tidak dapat menamatkan saingan di podium, Damok masih positif mampu menampilkan aksi cemerlang dalam Kejohanan Dunia JuniorGP di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol pada 30 Oktober ini.

Jumaat lalu, Damok diumum secara rasmi akan menyertai saingan Moto3 secara musim penuh bermula tahun depan bersama MTHelmets-MSI. - Bernama