Shamsul Iskandar hadir mesyuarat PKR Bagan Datuk

Iklan
Ciapan di Twitter menunjukkan Shamsul Iskandar hadir ke mesyuarat PKR Cabang Bagan Datuk malam ini.

IPOH - Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin hadiri mesyuarat PKR Cabang Bagan Datuk malam ini.

Menerusi satu ciapan di Twitter menunjukkan gambar penyandang kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya itu sedang bersama beberapa individu dipercayai pimpinan PKR Cabang Bagan Datuk.

Iklan
Iklan

Ketua PKR Cabang Bagan Datuk, R Manukaran ketika dihubungi mengesahkan kehadiran Shamsul Iskandar tersebut namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, mesyuarat itu dibuat di Pejabat PKR Cabang Bagan Datuk di Hutan Melintang.

Iklan

Shamsul Iskandar dilaporkan berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk menentang Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut laporan sebuah portal, keputusan itu dibuat sebagai mengikut jejak langkah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Tambun.

Iklan