PH mungkir janji, perkenal cukai baharu: Najib

Iklan

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mengkritik kerajaan PH kerana tidak berpegang kepada janji.

Menurutnya, ini kerana Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 19 Mac lalu berkata, tiada sebarang cukai baharu akan diperkenalkan tahun.

Iklan
Iklan

Namun begitu, Najib berkata, dua cukai baharu telah diluluskan di Dewan Rakyat semalam iaitu bagi pembelian sebarang perkhidmatan digital luar negara bagi tahu depan dan levi pelepasan sehingga RM40 seorang bermula Julai ini.

"Pada Mac lalu, cukai bagi empat bidang juga diperkenalkan, iaitu untuk perkhidmatan hiburan, pembersihan, latihan dan pelaburan.

Iklan

"Kalau nak bawa kanak-kanak ke taman tema, basuh baju di dobi, pergi kursus dan beli saham, rakyat kena bayar cukai. Cukai gula juga akan mula dilaksanakan pada 1 Julai ini," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Penyedia perkhidmatan digital asing bakal dikenakan cukai enam peratus bermula 1 Januari tahun depan selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tak tergesa-gesa laksana levi pelepasan: Guan Eng

Ia dibacakan buat kali pertama oleh Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah dan beliau berkata, ia bagi memastikan satu ekosistem yang seimbang diwujudkan.

Sementara itu, Rang Undang-Undang bagi memperkenalkan levi pelepasan turut dibentangkan bagi bacaan pertama.

Menurut Amiruddin, dengan levi pelepasan itu, seseorang yang mahu keluar negara akan dikenakan RM20 jika ke negara Asean dan RM40 ke negara-negara lain.

Semasa pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan mencadangkan levi pelepasan dikenakan ke atas semua penumpang penerbangan yang keluar negara bermula 1 Jun tahun ini bagi menggalakkan pembangunan pelancongan dalam negara.

Mengulas lanjut, Najib berkata, hutang rasmi negara telah meningkat dari RM686 kepada Rm780 bilion selepas PH memerintah.

"Rakyat sudi sumbang kepada PH melalui banyak cukai-cukai baru. Tetapi, masalahnya ialah rakyat turut terkena," katanya.