Lawat luar waktu waris, pengawal keselamatan bertengkar
Iklan
Polis menerima dua laporan berhubung insiden pertengkaran antara waris keluarga pesakit dan pihak pengawal keselamatan Hospital Teluk Intan.
IPOH - Polis menerima dua laporan berhubung insiden pertengkaran antara waris keluarga pesakit dan pihak pengawal keselamatan Hospital Teluk Intan yang tular di media sosial pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal mendapati punca insiden adalah disebabkan isu menghantar salinan sinar-X oleh pihak waris kepada pesakit yang berada di wad perempuan di luar waktu melawat.