Masjid Jerimbong perlu RM250,000
Iklan
Masjid Mukim Jerimbong berusia 80 tahun di Kuala Balah, Jeli memerlukan dana RM250,000 untuk menaik taraf kemudahan.
JELI - Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim Jerimbong, Kuala Balah di sini sedang berusaha mengumpul dana bagi menaik taraf rumah ibadah berusia 80 tahun itu.Bilal Masjid Mukim Jerimbong, Zulkifli Mat Zain berkata, kerja-kerja menaik taraf itu bertujuan memberi kemudahan kepada para penduduk untuk melakukan aktiviti selain solat berjemaah.
Menurut beliau, tahun bersilih ganti, masjid tersebut semakin usang sehinggakan atap bocor, pendawaian harus ditukar dan penambahbaikan perlu dilakukan.
Iklan
Iklan
"Bagi memastikan semuanya berjalan lancar, dana sebanyak RM250,000 diperlukan bagi memastikan kerja baik pulih dapat dilakukan dengan segera.
"Tidak lama lagi musim tengkujuh akan tiba dan ia paling digeruni jemaah kerana kebocoran atap akan berlaku sehingga menyebabkan urusan beribadah tergendala,” katanya.
Iklan
Ujar beliau, disebabkan itu sumbangan orang ramai diperlukan untuk memastikan masjid itu tetap gah dan memberi keselesaan kepada lebih 400 jemaah.
Zulkifli berkata, masjid itu dibina hasil gotong-royong penduduk.
Iklan
"Menariknya, penduduk menggunakan baldi, tempurung dan upih untuk memunggah pasir dari Kuala Ketil selain dibantu oleh kerbau pada awal pembinaannya.
"Masjid ini meninggalkan banyak kenangan kepada penduduk,” ceritanya.
Tambah beliau, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan melalui cara berinfak dengan nilaian RM50 bagi satu lot.
Sumbangan boleh disalurkan melalui Bank Islam (BIMB) 0305 4010 0227 58 atas nama Tetuan Masjid Mukim Jerimbong atau hubungi 019-656 0272.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>