Tiada perbincangan bubar Parlimen, kata Dr Abdul Latiff
Iklan
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menafikan terdapat perbincangan mengenai pembubaran Parlimen dalam mesyuarat kabinet seperti didakwa Perdana Menteri.
SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menafikan terdapat perbincangan mengenai pembubaran Parlimen dalam mesyuarat kabinet seperti didakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bekas Ahli Parlimen Mersing itu mendedahkan, mesyuarat tersebut hanya membincangkan beberapa perkara termasuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Monsun Timur Laut serta Bajet 2023.