Malaysia lepasi ujian Sweden di Sepanyol

Iklan
Siti Nurshuhaini menghadiahkan mata kedua Malaysia ketika berdepan Sweden.

MALAYSIA memulakan kempen acara berpasukan campuran merebut Piala Suhadinata pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia dengan mengalahkan Sweden 5-0 di Santander, Sepanyol.

Dalam aksi Kumpulan A, Malaysia mengutip mata pembukaan menerusi pemain perseorangan lelaki negara, Justin Hoh yang mudah menewaskan Eric Ramstedt 21-10, 21-10.

Iklan
Iklan

Pasukan negara menambah mata kedua menerusi pemain perseorangan wanita, Siti Nurshuhaini Azman, yang mengalahkan Khushi Harakamani 21-12, 21-12.

Beregu lelaki negara, Muhammad Fazriq Mohamad Razif- Wong Vin Sean mengesahkan kemenangan Malaysia apabila menyingkirkan pasangan Victor Morskogen-Daniel Strom, 21-12, 21-9.

Iklan

Beregu wanita negara, Ong Xin Yee- Carmen Ting terpaksa berhempas pulas selama 50 minit sebelum mengalahkan Elin Ohling-Elin Ryberg, 21-18,17-21, 21-16.

Sementara mata terakhir diperoleh beregu campuran negara, Bryan Jeremy Goonting-Lee Xin Jie selepas mengatasi Mio Molin-Sofia Stromvall, 21-16, 21-23, 21-15.

Iklan

Juara bertahan, Indonesia juga bermula garang dalam aksi Kumpulan A apabila mengalahkan Latvia 5-0.

Hari ini, Malaysia akan berdepan Latvia sebelum melabuh tirai kumpulan menentang Indonesia pada Rabu.