'Belum muktamad ADUN Bandau calon Warisan di Kota Marudu'

Iklan
Mohd Shafie

KOTA KINABALU - Parti Warisan (Warisan) mengalu-alukan penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, Datuk Wetrom Bahanda ke dalam parti itu sekiranya beliau berhasrat berbuat demikian, kata Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mohd Shafie berkata, bagaimanapun keputusan meletakkan beliau sebagai calon di Kota Marudu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih belum muktamad.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, menyertai Warisan adalah langkah penting buat ADUN daripada Bersatu itu, manakala hal lain termasuk menjadi calon untuk Warisan akan dinilai dan dipertimbang kemudian.

"Maka, jika beliau (Wetrom) seorang calon yang boleh menang, apa salahnya meletakkan beliau sebagai calon. Lagipun beliau orang Sabah, selain itu kita juga mahu menyatukan orang Sabah. Saya telah menyatakan pendirian saya untuk rakyat Sabah bersatu padu,” katanya kepada pemberita selepas sesi jelajah mesra (walkabout) di Tamu Jalan Gaya hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, Mohd Shafie turut mengulangi hasrat Warisan untuk bekerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam menghadapi PRU15 demi kemajuan negeri ini.

Semalam, sebuah video tular dalam media sosial yang memaparkan Wetrom mengumumkan bahawa beliau menyertai Warisan dan menjadi calon parti itu untuk kerusi Parlimen Kota Marudu pada PRU15, bagaimanapun ketika dihubungi media, Wetrom berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar pada Selasa atau Rabu ini berhubung perkara itu.

Iklan

Pada PRU14, Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) memenangi kerusi Kota Marudu dengan majoriti 1,774 undi. - Bernama