UMNO bakal muktamadkan 30 peratus wanita sebagai calon PRU15

Iklan
Ros Suryati

SHAH ALAM - UMNO akan memuktamadkan 30 peratus penglibatan wanita dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Exco Wanita UMNO, Senator Datin Ros Suryati Alang berkata, UMNO melihat secara holistik representasi wanita di pentas politik.

Iklan
Iklan

"Saya tidak bersetuju wanita hanya sekadar mencukupkan kuota calon pilihan raya, sebaliknya dalam UMN0 wanita cuba diberi peluang untuk menjadi pemimpin dan wakil rakyat sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam Wacana Sinar Harian siri 369 ‘Calon Wanita Sekadar Isi Kuota’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Turut menjadi panelis, Pengasas Bersama Parti Muda, Rahayu Baharin manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

"Sebagai bukti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Johor yang lalu 90 peratus calon wanita menang bergaya.

Iklan

Tambah Ros Suryati, UMNO akan memilih calon yang boleh menang, jika calon wanita itu dilihat mempunyai karisma dan boleh menang maka dia akan menjadi calon.

"Kita perlu mengambil contoh bagaimana negara besar dunia seperti Switzerland dan Britain dipimpin oleh wanita,” ujarnya.

Tambahnya, ini bukti bahawa wanita itu hebat jika diberi peluang untuk memimpin termasuk menjadi calon wakil rakyat.