Calon Sipitang nekad bangunkan masyarakat

Iklan
Adnan selepas diumumkan sebagai calon Warisan bagi kerusi Parlimen Sipitang pada Jumaat.

KOTA KINABALU - Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Sipitang, Datuk Adnan Puteh akan menggunakan peluang yang diberikan untuk membangunkan masyarakat di kawasan berkenaan.

Menurutnya, peluang dijadikan sebagai calon bagi Parti Warisan (Warisan) pada PRU15 ini merupakan penghargaan terbesar parti.

Iklan
Iklan

"Syukur Alhamdulillah saya telahpun diberi mandat dan diberi peluang untuk menjadi calon di kawasan Parliman Sipitang.

"Peluang ini saya akan gunakan sebaik-baiknya untuk membangunkan dan membawa masyarakat ke satu tahap perubahan selain cara berfikir yang baharu supaya kawasan kita lebih membangun berbanding sebelum ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Adnan, 64, sebelum itu diumumkan sebagai calon Warisan oleh Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika berucap pada program Sabah Bangkit, Sipitang Bangkit di Kampung Pangiran di Sipitang pada Jumaat.

Beliau yang juga seorang peguam berkata akan membawa kawasan Parlimen Sipitang ke tahap yang lebih baik dari segi ekonomi, sosial dan infrastruktur.

Iklan

"Saya mohon pengundi kawasan Parlimen Sipitang supaya memberi sokongan dan mandat kepada saya untuk perubahan ini.

"Jika saya bersendiri sahaja, tidak boleh menjayakan misi ini tetapi dengan sokongan rakyat dan pengundi di kawasan ini, saya yakin kita akan maju bersama-sama untuk masa depan yang lebih baik," katanya.