Manifesto: KJ sedia cadangan kesihatan untuk dipertimbang BN

Iklan
Khairy Jamaluddin menyampaikan ucapan pada persidangan 'Clinical Research Malaysia (CRM) Trial Connect 2022' di Pullman KL jalan Conlay pada Jumaat. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau akan menyediakan beberapa cadangan berkaitan kesihatan untuk pertimbangan BN supaya dimasukkan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, ia termasuk Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dan cadangan itu akan diserahkan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang bertanggungjawab kepada manifesto untuk tindakan seterusnya.

Iklan
Iklan

"Sebagai Menteri Kesihatan, tentunya saya telah membuat beberapa cadangan, kita telahpun memberi beberapa cadangan, termasuk itulah (rang undang-undang berkenaan),” katanya pada sidang media selepas majlis pembukaan Clinical Research Malaysia (CRM) Trial Connect 2022 dan Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) di sini pada Jumaat.

Khairy berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau telah bertanyakan kepada pemimpin BN jika gabungan itu akan memasukkan rang undang-undang tersebut yang lebih dikenali sebagai Generasi Penamat (GEG) dalam manifesto mereka.

Iklan

Pada 12 Oktober, Khairy berkata beliau akan terus menyokong Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 biar apa sekalipun kedudukan selepas PRU15. - Bernama

Iklan