Misi lahir 100 huffaz 2025
Iklan
Pelajar perempuan yang mengikuti pengajian di Madrasah Ummahatul Mukminin.
KLANG - Madrasah Ummahatul Mukminin, Klang tidak pernah berputus asa untuk melahirkan lebih ramai penghafaz al-Quran di negeri ini.
Pengurus Madrasah Ummahatul Mukminin, Rabiah Abdul Ghani berkata, banyak cabaran yang perlu dilalui untuk melahirkan remaja perempuan bergelar hafizah al-Quran terutama dalam dunia moden.
Iklan
Iklan
"Kami yakin dengan izin ALLAH SWT, misi melahirkan 100 huffaz pada tahun 2025 itu dapat direalisasikan,” katanya melalui kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, jika kesungguhan ibu bapa dan pelajar dibantu oleh guru-guru yang mantap maka impian itu akan tercapai.
Iklan
Tambah beliau, Madrasah Ummahatul Mukminin tidak hanya menitikberatkan hafazan tetapi mahu pelajar sentiasa menjaga akhlak, feqah, kepimpinan diri dan sahsiah.
Justeru kata Rabiah, mereka yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurkannya melalui akaun Maybank di nombor 562469-31-6831 Madrasah Tahfiz Al Quran Ummahatul Mukminin.
Iklan
"Kepada yang mungkin tidak berkesempatan memiliki anak perempuan hafizah boleh menyertai kempen kami untuk bersama memperluaskan bangunan tahfiz.
"Kami berharap misi ini dapat direalisasikan dengan mudah. Sebarang infaq boleh terus ke akaun atau hubungi Ustazah Rabiah di talian 012-2972 769,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut"><meta itemprop="description" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #kemalanganmaut #keskemalangan #KualaKrai"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T11:28:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P130S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbraq7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbraq7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbraq7y"></script>