Perluas inisiatif kemiskinan haid kepada wanita B40

Iklan
Young Syefura mahu kerajaan Pahang memperluas inisiatif kemiskinan haid pada sesi perbahasan persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang pada Selasa.

KUANTAN - Kerajaan Pahang diminta memperluaskan inisiatif bagi menangani masalah kemiskinan haid kepada semua golongan wanita B40.

Young Syefura Othman (DAP- Ketari) berkata, isu kemiskinan haid bukan sahaja melibatkan golongan remaja B40 malah melibatkan semua wanita daripada golongan tersebut.

"Kemiskinan haid juga bukan sahaja berkaitan dengan isu kesusahan golongan wanita untuk mendapatkan tuala wanita.

"Kekurangan air bersih untuk membersihkan diri ketika didatangi haid juga antara aspek yang termasuk dalam kemiskinan haid," katanya ketika ucapan perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

Beliau sebelum itu menyokong inisiatif kerajaan Pahang untuk menangani masalah kemiskinan haid di kalangan remaja wanita daripada golongan B40.

Dalam sesi perbahasan itu, Young Syefura turut menyuarakan rasa kesal apabila terdapat segelintir penduduk yang terjejas banjir sehingga kini gagal mendapat bantuan membaik pulih rumah mereka.

Iklan

"Mereka adalah penduduk di Taman Chegar Medang, Kampung Chegar Medang dan beberapa rumah di sekitar kampung Benus.

"Penduduk di kampung itu telah menunggu selama 10 bulan untuk bantuan baik pulih rumah mereka.

"Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera oleh kerajaan Pahang. Ini adalah janji oleh pihak kerajaan kepada penduduk. Saya harap ia dapat ditunaikan dengan kadar yang segera," ujar beliau.

Iklan