Pasangan kekasih berbalah, tujuh individu ditahan polis
Iklan
Tangkap layar sebuah video tular memaparkan pergaduhan sekumpulan individu di sebuah pasar malam di Lahad Datu pada Sabtu.
LAHAD DATU - Tujuh termasuk seorang wanita ditahan polis pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan yang berlaku di sebuah pasar malam di Jalan Mawar, di sini pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, tangkapan itu adalah susulan sebuah video yang memaparkan pergaduhan sekumpulan individu di pasar itu dan tular di media sosial baru-baru ini.
Iklan
Iklan
Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bertindak melancarkan Op Cantas bagi mengesan individu yang terlibat dalam kejadian terbabit.
"Seramai enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 28 tahun ditahan selain polis turut merampas sebuah topi kaledar yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kejadian itu.
Iklan
"Hasil siasatan dijalankan mendapati motif kejadian ialah balas dendam berikutan perbalahan antara pasangan kekasih sehingga menyebabkan pergaduhan antara dua pihak di pasar malam berkenaan yang berlaku pada jam 9 malam Sabtu lalu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya lagi, kesemua individu berkenaan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bermula Isnin hingga Khamis bagi membantu siasatan.
Iklan
"Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata (topi kaledar) di tempat awam yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.
Rohan Shah dalam pada itu turut meminta orang ramai menghentikan segera sebarang spekulasi dan provokasi berhubung kejadian.
Sebelum itu, satu video berdurasi satu minit 44 saat tular di media sosial memaparkan sekumpulan individu termasuk seorang wanita membelasah individu lain dalam kejadian itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>