Nelayan waspada Monsun Timur Laut
Iklan
Malik dan Mohamad Razali
BACHOK - Nelayan di perairan Kelantan di sini mengambil langkah lebih berwaspada ketika turun ke laut bagi menangkap ikan menjelang Monsun Timur Laut (MTL).
Mohamad Razali Hamad, 60, berkata, nelayan kini melihat dan bergantung kepada keadaan cuaca terlebih dahulu sebelum turun ke laut bagi menggelak kejadian tidak diingini pada fasa peralihan MTL ketika ini.
Iklan
Iklan
"MTL dijangkakan berlaku pada bermula pertengahan November ini sehingga Mac dan sebagai langkah berjaga-jaga, sebahagian bot-bot kecil seperti nelayan pantai tidak lagi turun ke laut.
"Bagi bot-bot besar, mereka melihat keadaan cuaca terlebih dahulu, kalau gelap seperti hendak hujan, kami tidak akan turun menangkap ikan di laut,” katanya ketika ditemui Program Jejak Prihatin dan Bantuan Pukat oleh Islamic Aid Malaysia (IAM) di Kandis, di sini, pada Ahad.
Iklan
Malik (dua dari kiri) menerima sumbangan pukat daripada IAM yang disampaikan oleh Zawahir (dua dari kanan).
Turut hadir, Pengerusi IAM, Zawahir Abdullah.
Seorang lagi nelayan Pantai Canggong, Malik Amat, 58, berkata, keadaan laut ketika ini masih membolehkan mereka menangkap ikan dengan hasil yang lebih banyak berbanding sebelum ini.
Iklan
"Nelayan akan berehat ketika musim MTL dan mengisi masa dengan membaiki peralatan menangkat ikan seperti jala dan bot,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>