Skandal LCS: Kenyataan Mindef, BHIC bercanggah

Iklan
Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR - Kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) berhubung pemadaman beberapa perenggan laporan forensik berkaitan perolehan kapal tempur pesisir (LCS) dilihat bercanggah.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh berkata, BHIC memaklumkan laporan forensik yang diterima daripada Mindef berada dalam keadaan beberapa perenggan ‘terpadam’.

Iklan
Iklan

Namun Ketua Setiausaha Mindef, Datuk Seri Muez Abdul Aziz menegaskan ketika prosiding PAC pada Rabu, bahawa kementerian itu tidak pernah menerima laporan berkenaan daripada BHIC sekali gus tidak terlibat dalam pemadaman sebahagian laporan forensik berkenaan.

"PAC dengan ini meminta supaya Mindef mendapat penjelasan daripada BHIC dan mengemukakan ulasan kepada PAC berkenaan dengan apa yang sebenarnya telah berlaku,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, Kah Woh berkata, PAC ketika sesi soal jawab prosiding berkenaan telah membangkitkan isu pemadaman sebahagian maklumat dalam Laporan Pengauditan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) oleh JPM / Mindef.

Turut dibangkitkan adalah pemadaman sebahagian maklumat Laporan Pengauditan Forensik Kapal LCS yang disediakan syarikat pembinaan kapal LCS, iaitu BHIC.

Iklan

Sementara itu mengenai laporan JKSTUPKK, Kah Woh memaklumkan, PAC berpandangan bahawa tiada keperluan untuk kerajaan memadam sebahagian maklumat di dalamnya.

"PAC juga tidak puas hati dan tidak menerima penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara berkenaan dengan alasan pemadaman tersebut.

"PAC menegaskan supaya laporan berkenaan dinyahklasifikasi sepenuhnya seperti yang dinyatakan dalam syor di dalam laporan Jawatankuasa ini dan kabinet seharusnya memberikan arahan sedemikian,” tegasnya.

Mengenai perkembangan terkini berkaitan siasatan kes berkenaan, beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan kepada pihaknya bahawa lima kertas siasatan telah dibuka, iaitu satu pada Februari 2021, dua pada Januari 2022 dan dua lagi masih dalam siasatan.

Beliau menjelaskan, satu kes telah dibawa ke mahkamah manakala satu lagi kertas siasatan telah dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

"PAC akan memberikan ulasan terhadap semua tujuh tindakan yang sudah diambil Mindef terhadap syor laporan jawatankuasa ini untuk Perolehan Kapal LCS dan akan membentangkan laporan ini di Parlimen kelak,” ujarnya.