Hari Sukan Negara: Beberapa jalan di Little India ditutup
Iklan
KUALA LUMPUR - Beberapa jalan raya di sekitar pekan Little India, di sini akan ditutup bermula jam 7.30 pagi sempena progam sambutan Hari Sukan Negara peringkat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, antara jalan raya yang ditutup sepanjang program itu berlangsung ialah Jalan Tun Sambathan dan lorong-lorong masuk ke Jalan Tun Sambathan.