Mayat lelaki lemas ditemui celah pokok buluh

Iklan
Pasukan Bomba dan Penyelamat Gerik membantu mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Foto bomba Perak

GERIK - Mayat seorang lelaki ditemui di dalam sungai di Kampung Air Panas di sini pada Khamis.

Mangsa dikenali sebagai Abdul Hamid Wahab, 67, dipercayai hilang dan lemas sejak beberapa hari lalu sebelum ditemui tersangkut di celah pokok buluh.

Iklan
Iklan

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada jam 9.38 pagi bagi membantu mengambil mayat mangsa.

"Mangsa disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam maklumat ringkas yang dikongsi kepada pemberita mengenai operasi tersebut pada Khamis.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan mayat dibawa di Hospital Gerik untuk bedah siasat.