Polis kesan individu terlibat pergaduhan

Iklan
Tular video memaparkan beberapa individu dipercayai warga asing terlibat pergaduhan di Flat PKNS, Kampung Baru pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Polis mengesan beberapa individu dipercayai warga asing bagi membantu siasatan berkaitan pergaduhan di Flat PKNS, Kampung Baru di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, maklumat berkaitan kejadian tersebut diterima pihaknya kira-kira jam 11.35 malam.

Iklan
Iklan

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, tular video memaparkan kekecohan melibatkan beberapa individu dipercayai warga asing di Flat PKNS, Kampung Baru di sini.

Iklan
Iklan

Kejadian tersebut dirakam oleh penduduk di lokasi kejadian sebelum tular di media sosial.