Banjir: 93 mangsa banjir di Ipoh dipindahkan

Iklan
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang membuat pemantauan serta membantu memindahkan mangsa banjir di RPT Chepor di sini pada malam Selasa. Foto: Bomba Perak

IPOH - Seramai 93 mangsa banjir di Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) Chepor di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir kilat yang berlaku malam Selasa.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinta berkata, 33 daripada 60 keluarga yang terjejas telah mendaftar di PPS Sekolah Kebangsaan Seri Kelebang dekat sini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, baki mangsa yang tidak mendaftar telah pulang ke kediaman masing-masing apabila air kembali surut dan sebahagian lagi menginap di rumah saudara mara terdekat.

"Banjir kilat berlaku sekitar jam 8 malam susulan hujan lebat berterusan selama dua jam menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan ke PPS yang dibuka pada jam 11.30 malam.

Iklan
Petugas mempersiapkan keperluan di PPS SK Seri Kelebang, di sini bagi menempatkan mangsa banjir yang berlaku di RPT Chepor. Foto: Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinta

"Kira-kira 40 anggota penyelamat serta petugas terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama penduduk kampung membantu memindahkan mangsa," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Jelasnya, usaha memindahkan mangsa banjir yang terdiri daripada 46 dewasa, 10 kanak-kanak dan lima bayi itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Iklan

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak memaklumkan pihaknya bersama-sama dalam operasi pemindahan mangsa banjir di kawasan itu selepas menerima panggilan pada jam 10.05 malam Selasa.

Menurutnya, operasi pemindahan mangsa banjir ke PPS yang terletak kira-kira 2 kilometer dari lokasi banjir tamat pada jam 2.15 pagi