Yasin kemuka representasi kaji pertuduhan kes dadah
Iklan
Yasin mengemukakan representasi bagi mengkaji tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.
PETALING JAYA - Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman mengemukakan representasi bagi mengkaji tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.
Peguam Ariff Azami Hussein yang mewakili Muhammad Yasin memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat bahawa pihaknya memfailkan representasi tersebut pada 26 September lepas.
Iklan
Iklan
"Saya memohon maaf kerana representasi tersebut diserahkan sedikit lambat iaitu pada 26 September 2022. Ini memandangkan beberapa dokumen perubatan penting yang kami terpaksa pohon, baru diperoleh dalam dua minggu lepas.
"Dokumen-dokumen ini (perubatan) kami masukkan di dalam representasi yang agak komprehensif agar pihak pendakwaan mengkaji pertuduhan tersebut,” kata Ariff Azami pada pengurusan kes pada Selasa.
Iklan
Timbalan Pendakwa Raya, P. Vitiya Monisha berkata, pihak pendakwaan telah menerima representasi itu dan masih dalam pertimbangan.
Mahkamah menetapkan 3 November ini untuk pihak pendakwaan memaklumkan keputusan representasi.
Iklan
Sebelum ini, mahkamah menetapkan perbicaraan selama 15 hari bermula 6 Mac tahun depan.
Pelantun lagu Mimpi Laila itu didakwa memberikan dirinya dadah jenis '11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid' di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 11.05 malam, 24 Mac lepas.
Muhammad Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah dan daripadanya kanabis di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, 24 Mac lepas.
Pertuduhan memiliki dadah adalah mengikut Seksyen 6 Akta ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan menanam pokok kanabis, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama, yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.- Bernama
BERITA SEMASA 30 MEI 2024
Lembaga Siasatan insiden helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, 23 April lalu, mendapati kedua-dua helikopter tiada masalah teknikal.
Kejadian itu mengorbankan 10 pegawai dan anggota TLDM yang berada dalam Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan Fennec, semasa raptai Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata, pesawat AW139 disahkan tidak mengalami sebarang masalah teknikal berdasarkan laporan analisis kotak hitam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667451/berita/semasa/nahas-helikopter-tldm-pesawat-aw139-fennec-tiada-masalah-teknikal
Muzik: Elevate dari www.bensound.com