Polis minta bantuan kesan gadis hilang
Iklan
Shamalatha dilaporkan hilang setelah keluar dari rumah pada 25 Ogos 2022 lalu.
JOHOR BAHRU – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang gadis dari Taman Muhibbah, Saleng Senaidi sini yang dilaporkan hilang, lebih bulan lalu.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai dalam satu kenyataan memaklumkan, S.Shamalatha, 19, yang beralamat di No 1436, Jalan Jambu 14, Taman Muhibbah Saleng Senai, dilaporkan hilang setelah keluar dari rumah pada 25 Ogos 2022 lalu.
Iklan
Iklan
"Shamalatha telah keluar dari rumahnya di Taman Muhibbah, Saleng Senai menerusi pintu belakang dengan membawa telefon bimbit adik iparnya. Namun dia gagal dihubungi sehingga ke hari ini.
"Usaha mencari dan mengesan gadis berkenaan juga telah dijalankan di merata tempat, namun gagal serta menemui jalan buntu,” menurut kenyataan berkenaan.
Iklan
Orang ramai yang menjumpai atau mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja itu diminta melaporkannya kepada polis.
Mereka boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Aspra Satari (019-7736485) atau menghubungi Balai Polis Kulai Balai Polis Kulai di talian 07-66322222 (samb 6419)
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>