Mental rakyat makin parah, kerajaan perlu ambil peduli

Iklan
Dr Hafidzah

KOTA BHARU - Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Kelantan mahu kerajaan mengambil serius berhubung cubaan bunuh diri membabitkan tiga wanita di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu dan Jambatan Sultan Ismail Petra, Pasir Mas.

Ketua AWAN, Dr Hafidzah Mustakim berkata, walaupun kesemua mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam, namun kejadian tersebut merupakan satu 'loceng amaran' kepada pihak berkuasa betapa tertekannya rakyat sehingga menjejaskan kesihatan mental mereka.

Iklan
Iklan

"Laporan Parlimen menunjukkan 1,660 kes bunuh diri direkodkan polis semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac hingga 31 Disember 2021 dan antara punca bunuh diri adalah disebabkan masalah kewangan, masalah kesihatan, tekanan emosi dan masalah keluarga.

"Exco kesihatan dan wanita serta kebajikan boleh bekerjasama dengan pakar serta agensi berkaitan untuk mencari mekanisme supaya rakyat yang terdesak ini tidak menjadikan jambatan sebagai tempat membunuh diri," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau memberitahu, badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan juga boleh dilibatkan bagi menangani masalah kesihatan rakyat yang semakin meruncing.

Katanya, sudah tiba masanya bantuan khidmat psikososial sama ada secara semuka mahupun atas talian dipermudahkan agar boleh diakses oleh rakyat.

Iklan

Dr Hafidzah menegaskan, kesihatan termasuk kesejahteraan mental adalah hak rakyat yang mesti dititikberatkan oleh kerajaan yang maju, adil, beramanah lagi rahmah buat semua warganya.

"Cegah sebelum parah, bertindaklah untuk menyelamatkan satu jiwa kerana barang siapa yang menghidupkan nyawa, maka seumpama dia menghidupkan nyawa seluruh manusia- Al Maidah: ayat 32,"ujarnya.