MPKK main peranan budayakan inovasi
Iklan
Adly bersalaman dengan wakil MPKK selepas menyempurnakan majlis perasmian Taklimat Pengurusan MPKK negeri di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh, hari ini.
MELAKA TENGAH - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri ini tidak hanya berperanan sebagai duta keharmonian dan keselamatan, namun mampu membudayakan inovasi demi pembangunan kampung.
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, setakat ini kira-kira 20 peratus MPKK Melaka telah berjaya mengaplikasikan budaya inovasi sama ada bagi penyelesaian masalah mahupun menghasilkan produk kampung sendiri menerusi kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Iklan
Iklan
Menurut Adly, pihaknya sentiasa menyokong usaha yang dilakukan mereka dan bercadang untuk mewujudkan beberapa anugerah MPKK dalam mengiktiraf golongan tersebut dengan membuat penilaian dari pelbagai sudut termasuk dari segi kewangan, berdasarkan hubungan di antara agensi-agensi kerajaan dan usaha membangunkan belia setempat.
Selain itu katanya, dua pengiktirafan yang dirancang bagi penghargaan MPKK yang berinovasi baharu dalam usaha memajukan kampung iaitu berbentuk sokongan teknikal dan sokongan kewangan yang mana penilaian serta pemilihan tersebut akan diperhalusi oleh exco berkaitan pada penghujung tahun ini.
Iklan
"Inovasi (penilaian) itu dalam pelbagai bentuk contoh dari segi sumber baharu kampung dan penyelesaian kepada masalah-masalah kampung.
"Contoh yang terbaru beberapa inisiatif yang dibuat MPKK, mereka telah ada kenderaan daripada wakaf. Bagi saya ini inovasi baharu jadi MPKK telah ada kenderaan sendiri untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Taklimat Pengurusan MPKK negeri di Auditorium Seri Negeri, di Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Iklan
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hassa; Timbalan Speaker DUN, Datuk Dr Wong Fort Ping; Exco Wanita Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan, Ginnie Lim dan Exco Perpaduan, Sumber Manusia, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Hal Ehwal Pengguna, G Saminathan.
Jelas Adly, sehingga kini terdapat 3,000 ahli MPKK termasuk ahli jawatankuasa yang terdiri daripada 316 kawasan di negeri ini telah dilantik dan berjaya dilengkapkan bagi membantu kemajuan sesebuah kampung.
Menurutnya, dengan adanya taklimat berkenaan, mereka akan dapat menjadi mata dan telinga kerajaan serta menghebahkan maklumat mengenai dasar kerajaan kepada masyarakat kampung hingga ke peringkat akar umbi.
" Saya harap MPKK dapat bersama-sama membantu dan menjalankan tugas yang diamanahkan, dan kita sentiasa mengalu-alukan idea baru bagi menambahkan pentadbiran kerajaan memandangkan MPKK pihak yang paling dekat dengan masyarakat," katanya.
Pada majlis itu, turut diberikan taklimat penerangan mengenai syarat permohonan geran MPKK bernilai RM10,000.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.