Ringgit ditutup rendah berikutan dolar AS terus kukuh

Iklan
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis. Foto hiasan

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan sentimen pasaran yang terus menyokong mata wang Amerika Syarikat (AS) itu disebabkan ketidaktentuan global, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.6380/6425 berbanding dolar AS daripada 4.6285/6310 semalam.

Iklan
Iklan

Mata wang tempatan dibuka tinggi kepada 4.6250/6290 berbanding dolar AS.

"Pasaran kini sukar, dan dolar AS dianggap sebagai aset selamat, justeru, pelabur membeli mata wang AS itu.

Iklan

"Ini adalah sebab dolar AS naik berbanding semua mata wang, bukan sahaja ringgit; pelabur menjual pound dan euro disebabkan ketidaktentuan seperti kebimbangan mengenai kemelesetan global dan krisis tenaga (di Eropah),” kata penganalisis itu.

Ringgit turut diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Iklan

Ia merosot berbanding euro kepada 4.4951/4995 daripada 4.4184/4208 semalam dan susut berbanding pound kepada 5.0392/0441 daripada 4.9409/9436 pada Rabu.

Unit tempatan turut merosot berbanding yen Jepun kepada 3.2050/2084 daripada 3.1974/1993 dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2228/2264 daripada 3.1954/1975 sebelum ini. - Bernama