Kematian Datin: Polis ambil keterangan ahli keluarga, jiran

Iklan
Aidi (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada pengusaha stesen minyak sambil diperhatikan ahmad Dzaffir (kiri).

NILAI - Polis telah mengambil keterangan ahli keluarga dan jiran kepada wanita bergelar Datin yang ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Taman Paroi Jaya di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, ia bagi membantu siasatan dan mengesan suspek utama kes yang sehingga kini gagal dikesan selepas dipercayai melarikan diri.

Iklan
Iklan

"Polis telah mengambil keterangan beberapa individu termasuk ahli keluarga dan jiran-jiran mangsa bagi membantu siasatan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Surat Penghargaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Pengusaha Stesen dan Pelancaran Mural serta Poster Keselamatan Petron Malaysia di Petron Nilai Impian di sini pada Khamis.

Iklan

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Aidi Ismail.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang wanita bergelar Datin berusia 75 tahun ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada badan di rumahnya di Taman Paroi Jaya pada Jumaat lalu.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Ahmad Dzaffir berkata, masyarakat tidak sepatutnya menghebahkan perkara yang tidak tepat berkaitan kes cubaan culik kanak-kanak yang tular di media sosial sejak akhir-akhir ini.

"Menjadi tanggungjawab ibu bapa dan pihak sekolah supaya lebih berhati-hati (sekiranya berdepan kes cubaan culik)

"Kalau kejadian tersebut tidak benar jangan dispekulasi atau ditularkan kerana bimbang boleh menimbulkan ketakutan kepada masyarakat," katanya.