Tengkujuh: Taman Eko-Rimba, hutan simpan ditutup sementara
Iklan
Taman Eko-Rimba Air Menderu antara kawasan yang akan ditutup ketika tengkujuh nanti.
KUALA TERENGGANU – Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu akan menutup sementara semua Taman Eko-Rimba, laluan pendakian termasuk aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpan Kekal di negeri ini bermula 1 November nanti.
Penolong Pengarah Hutan Lipur Jabatan Perhutanan Negeri, Zaida Zakaria berkata, penutupan selama empat bulan itu perkara biasa dilakukan setiap tahun kerana musim tengkujuh dan risiko berlaku kepala air.
Iklan
Iklan
"Tengkujuh dan kepala air boleh mengancam keselamatan pengunjung, jadi semua kawasan ini ditutup buat sementara waktu kepada kunjungan orang ramai sehingga 28 Februari dan akan dibuka semula pada 1 Mac nanti.
"Sepanjang tempoh tersebut, semua aktiviti bagi tujuan rekreasi, trekking, pacuan empat roda dan sebagainya di dalam Hutan Simpanan Kekal adalah tidak dibenarkan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Rabu.
Iklan
Sementara itu menurut Zaida, Jabatan Perhutanan negeri akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan di semua kawasan yang ditutup bagi mengelak berlakunya sebarang pencerobohan.
Beliau berkata, sebelum ini pihaknya ada mengesan aktiviti pencerobohan ke Taman Eko-Rimba dan hutan simpanan kekal dan sekiranya ditangkap mereka boleh dikenakan kompaun serta tindakan undang-undang.
Iklan
Katanya, terdapat tujuh Taman Eko-Rimba di Terengganu yang sering menjadi tumpuan pengunjung iaitu Taman Eko-Rimba Air Menderu, Chemerong, Lata Belatan, Lata Payung, Lata Tembakah, Sekayu dan Bandar Bukit Bauk.
"Mengikut rekod, tujuh Taman Eko-Rimba ini mencatatkan seramai 47,792 pengunjung sepanjang tahun lepas dengan Sekayu merekodkan pengunjung paling ramai iaitu 20,702 orang diikuti Air Menderu dan Bandar Bukit Bauk,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>