Kerajaan bantu ketengahkan produk tempatan
Iklan
Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu mengambil beberapa inisiatif dalam mengetengahkan produk tempatan untuk pasaran dalam dan luar negara.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, di bawah Skim Bantuan Pembangunan Produk, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu ada menawarkan bantuan bar kod.
Iklan
Iklan
Menurutnya, bagi memastikan produk usahawan menepati standard untuk pasaran, YPU memberikan 20 bar kod secara percuma kepada usahawan terlibat.
"Selain itu, YPU juga membantu daripada segi mempamerkan fakta nutrisi, dengan membiayai sebanyak 50 peratus dan usahawan sebanyak 50 peratus, atau antara RM80 hingga RM120 mengikut kategori produk.
Iklan
"Kita juga memberikan bantuan pembungkusan dan pelabelan produk, di mana YPU membiayai 50 peratus atau maksima RM2,500 atau mana yang lebih rendah,” katanya.
Menurut Nurkhuzaini, YPU juga memberikan kerjasama dalam menjayakan dasar dan hasrat kerajaan dalam menggalakkan penyertaan usahawan bumiputera di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Iklan
"Ia termasuk pelawaan usahawan supaya melibatkan diri secara langsung menerusi ‘showcase’ ataupun pameran-pameran yang dianjurkan oleh kerajaan atau dianjurkan secara bersama dengan syarikat swasta.
"Di samping penyertaan dalam pameran, program pemadanan perniagaan yang diadakan serentak membolehkan usahawan membuat hubungan awal dengan bakal pembekal bumiputera yang berpotensi," katanya.
Katanya, YPU juga menyediakan peruntukan dan sebagai pemudah cara kepada pengusaha kecil dan sederhana untuk mendapatkan pensijilan yang disyaratkan bagi memasarkan produk seperti pensijilan halal, GMP/HACCP dan sijil Kementerian Kesihatan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>