Ibu buntu anak hilang sejak Jumaat

Iklan
Nur Alia Ramadan dipercayai hilang dan bukannya diculik di hadapan sekolah seperti tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

BACHOK - Seorang ibu dari Kampung Tok Kederat, di sini buntu memikirkan nasib anak perempuannya, Nur Alia Ramadan Anuar, 12, selepas gagal dalam usaha menjejakinya sejak dilaporkan hilang, petang Jumaat.

Normi Harun, 47, berkata, anak kelima daripada tujuh beradik itu dipercayai hilang selepas pulang bercuti dari Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, dia menafikan anaknya itu diculik seperti tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

"Sebagai ibu, kebimbangan itu tetap ada. Namun kami sudah mencuba pelbagai usaha untuk mencari Nur Alia, termasuk di rumah kawan-kawannya tetapi menemui jalan buntu," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Iklan

Katanya, susulan itu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok pada Sabtu.

"Pada hari Nur Alia didapati hilang, dia ke rumah ibu saudaranya yang terletak tidak jauh dari rumah, Namun dia tak pulang sehinggalah sekarang.

Iklan

"Kepada orang ramai yang ada menemui anak perempuan saya boleh menghubungi balai polis berhampiran atau di talian 019-3982887," katanya.