Groom Big serlah potensi usahawan RISDA

Iklan
Rumah tradisional bersaiz mini ini antara hasil seni yang dihasilkan syarikat Tun Mohd Anuar.

Rumah tradisional bersaiz mini ini antara hasil seni yang dihasilkan syarikat Tun Mohd Anuar.

Bergelar usahawan dalam bidang kraf tangan seni ukiran kayu bukan mudah, namun seorang pemuda mampu meraih kejayaan apabila produk keluaran syarikatnya mendapat permintaan daripada pelanggan di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Lebih menarik, hasil seni ukiran kayu Tun Mohd Anuar Tun Ahmad, 37, salah seorang usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) turut digemari golongan kenamaan.

Menurut Tun Mohd Anuar, beliau mengeluarkan produk ukiran kayu cengal seperti gazebo, meja, kerusi, katil, almari, membekalkan kayu cengal mentah dan menguruskan Warisan Pahlawan Resort iaitu resort berasaskan seni bina tradisional Melayu di bawah syarikat Warisan Pahlawan Enterprise.

Iklan

Perniagaannya bermula di Warisan Pahlawan Resort, Kampung Pauh, di sini pada tahun 2008 secara kecil-kecilan, namun berkembang selepas mendapat bantuan berupa mesin, peralatan dan bimbingan daripada RISDA.

"Bantuan pertama diterima adalah mesin ketam dan mesin belah kayu bernilai RM10,000 melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) pada tahun 2008.

Iklan

"Selepas 10 tahun, saya menerima bantuan melalui Program Groom Big RISDA pula iaitu tujuh peralatan seperti ‘surface planner’, ‘radial arm saw’, ‘sliding table’, ‘scrool saw’, ‘mitre saw’, gergaji rantai dan ‘compressor’ bernilai RM50,000.

"Kerana tidak mahu mengganggu pengunjung resort selain ruang menempatkan mesin terhad, saya membuka bengkel berasingan di Kampung Lerek pada tahun 2018,” katanya ketika ditemui di Warisan Pahlawan Resort, di sini pada Jumaat.

Graduan Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah ini memberitahu, bantuan itu berjaya memendekkan tempoh penghasilan produk, meningkatkan pengeluaran dan menjadikan gerak kerja lebih efisien.

Selain mengeluarkan pelbagai produk berasaskan kayu cengal, resortnya turut berkembang daripada tiga kepada 11 rumah dengan purata pengunjung mencecah 5,000 orang sebulan.

Tun Mohd Anuar bersyukur kerana melalui bapanya Tun Ahmad Tun Abdullah yang merupakan seorang pekebun kecil, membolehkannya mendapat bantuan daripada RISDA bagi mengembangkan perniagaan seni ukiran kayu.

"Selain mesin, RISDA turut membantu memberi pelbagai kursus bimbingan dari segi teknik mengurus akaun dan pemasaran produk agar lebih teratur serta sistematik termasuk penggunaan aplikasi REDS,” katanya yang mempunyai 11 pekerja termasuk dua pengukir tempatan.

Jelasnya, hasil bimbingan berterusan RISDA, syarikatnya kini mampu menjana pendapatan kasar sehingga RM39,000 sebulan berbanding RM4,000 pada peringkat awal.

Nama: Tun Mohd Anuar Tun Ahmad

Alamat: Warisan Pahlawan, No.22, Kampung Pauh, 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu.

No. Tel: 017-5763236