Perlu runding dengan PN sebelum tetap tarikh PRU15
Iklan
Muhyiddin
PUTRAJAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpendirian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih belum sesuai untuk diadakan dalam masa terdekat ini.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, masih banyak perkara penting perlu diberikan perhatian oleh kerajaan berbanding isu pilihan raya.
Iklan
Iklan
"Seboleh mungkin (pada saya) PRU15 tidak diadakan dalam tempoh terdekat ini kerana ia bukan lagi masa yang sesuai.
"Apa yang perlu menjadi keutamaan ketika ini adalah untuk memulihkan ekonomi rakyat dan negara. Saya juga telah maklumkan pendirian saya ini kepada jemaah menteri daripada Bersatu dan PN untuk di bawa ke mesyuarat kabinet,” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun keenam Bersatu di sini pada Sabtu.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian pemimpin UMNO yang mahukan supaya PRU15 diadakan segera.
Muhyiddin dalam masa sama turut menegaskan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob perlu berunding dengan Perikatan Nasional (PN) sebelum menetapkan tarikh PRU15.
Iklan
Ini kerana katanya, perkara itu terkandung dalam perjanjian antara PN dengan Ismail Sabri ketika membentuk kerajaan sebelum ini.
Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 20 Ogos tahun lalu selepas Muhyiddin meletak jawatan berikutan hilang sokongan majoriti ahli Parlimen.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>