"Kami mahu memperkenalkan Cap Rambutan kepada generasi muda dan yakin TikTok boleh digunakan sebagai salah satu platform penting untuk berkomunikasi dan menyampaikan semangat jenama kami kepada mereka melalui cara yang berbeza dengan apa yang kami pernah lakukan sebelum ini,” jelasnya.
Katanya, peraduan melalui TikTok ini juga diharap dapat menyebarkan secara meluas lagu Cap Rambutan yang pastinya menjadi kenangan pada masa kecil rakyat Malaysia.
"Kami juga yakin kebanyakan pengguna kami pandai memasak dan kreatif, ini peluang yang sangat baik untuk mereka mencabar diri dan berkongsi pengalaman antara satu sama lain,” katanya.
Bercakap tentang perkembangan produk Cap Rambutan, menurut Kuan Chor mereka sentiasa mementingkan kualiti untuk mengekalkan jenama.
Seiring dengan kemajuan zaman, pihaknya fokus memperkenalkan dua jenis beras sihat Cap Rambutan Pusa King Basmathi 1121 iaitu basmathi stim dan basmathi parboiled yang rendah glisemik indeks (GI).
"Cap Rambutan sentiasa peka dengan keperluan berbeza pengguna dengan menghasilkan produk yang bermutu lebih tinggi dan tentunya berbeza dari segi nilai harga berbanding yang ditawarkan di pasaran,” katanya.