Dua unit rumah kedai lama hangus

Iklan
Dua unit rumah kedai lama di Jalan Dato Lee Fong Yee hangus dalam kebakaran pada awal pagi Rabu. Foto ihsan JBPM Negeri Sembilan.

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Dua unit rumah kedai lama di Jalan Dato Lee Fong Yee di sini hangus dalam kebakaran pada awal pagi Rabu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Timbalan Penguasa Bomba, Mohamad Idris berkata, insiden itu menyebabkan premis dua tingkat itu musnah hampir 100 peratus.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.05 pagi yang memaklumkan terdapat tiga unit rumah kedai lama terbakar.

"Api dapat dikawal dalam tempoh 30 minit dan padam sepenuhnya pada jam 6.30 pagi. Hasil penilaian semula mendapati hanya dua unit kedai terbakar.

Iklan
Keadaan di lokasi semasa kejadian.Foto ihsan JBPM Negeri Sembilan

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, bangunan berkenaan dianggarkan berusia 50 tahun dan struktur lantainya daripada kayu.

"Tiada mangsa semasa kejadian dan punca sebenar kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Iklan

Operasi pemadaman kebakaran membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Senawang dan Ampangan membabitkan 50 anggota.