Bomba selamatkan pelajar murung atas bumbung sekolah

Iklan
Anggota bomba memujuk dan menenangkan seorang pelajar yang dipercayai mengalami kemurungan di sebuah sekolah di daerah ini pada Isnin. Foto: Ihsan JBPM Kedah

ALOR SETAR - Tindakan cekap anggota bomba berjaya menyelamatkan nyawa seorang pelajar perempuan dipercayai mengalami kemurungan yang berada atas bumbung sebuah sekolah di daerah ini pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.53 petang.

Iklan
Iklan

Mohamadul Ehsan memberitahu, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Anuar Hamid tiba di lokasi bersama jentera tidak lama kemudian.

"Anggota bomba bertindak memujuk dan menenangkan mangsa sebelum membawa turun pelajar itu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau menyatakan, pelajar perempuan itu berjaya dibawa turun untuk tindakan kaunseling pihak sekolah.

Menurut Mohamadul Ehsan, operasi disertai tujuh anggota bomba dan dibantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan tamat pada jam 2.45 petang.

Iklan