KUCHING - Isu berhubung perkembangan ekonomi dan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia perlu ditangani dan ditingkatkan, selaras dengan hasrat negara jiran itu memindahkan ibu negaranya ke pantai timur Kepulauan Borneo.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal Sabah and Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, pasukan keselamatan Malaysia menjangka wujud impak dan kesan daripada perpindahan ibu negara Indonesia itu, sekali gus menuntut penyediaan lebih banyak kemudahan dan tenaga kerja tambahan sebagai persediaan untuk mengawal sempadan.