Penuntut Malaysia ditahan pihak berkuasa Mesir
Iklan
PUTRAJAYA - Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) mengesahkan seorang mahasiswa Universiti Al Azhar warganegara Malaysia telah ditahan oleh pihak berkuasa Mesir.
Menurut kenyataan Wisma Putra yang dikeluarkan pada Ahad malam, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Mesir untuk mendapatkan makumat lanjut mengenai kes itu.