Kilang lembur logam haram diserbu

Iklan
JAS cawangan Gebeng berjaya menyerbu sebuah kilang pelaburan logam yang beroperasi secara haram.

KUANTAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang menyerbu sebuah kilang peleburan logam yang beroperasi secara haram di Kawasan Perindustrian Gebeng, di sini pada Jumaat.

Memetik satu kenyataan dalam Facebook JAS, pengoperasian kilang haram itu dikesan hasil daripada aduan orang awam.

Iklan
Iklan

"Hasil serbuan mendapati kilang terbabit sedang beroperasi dan pihak JAS telah mengeluarkan arahan menghentikan operasi secara serta merta dan penahanan operasi kelengkapan.

"Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya dalam satu hantaran pada Ahad.

Iklan

Operasi itu dilakukan secara oleh Pasukan Operasi Penguatkuasaan Jas Cawangan Gebeng dibantu oleh Penguatkuasa JAS Negeri Pahang dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Iklan