'Bayangkan tahun ini pilihan raya, ini kerja gila' - Syed Saddiq
Iklan
SHAH ALAM - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menempelak kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa partinya sanggup meredah banjir untuk berkempen sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen.
Ahli Parlimen Muar itu mendakwa, demi untuk berkuasa parti itu sanggup 'membunuh' rakyat, meskipun ketika itu mereka berdepan dengan banjir.