Lenggeng hub pengeluaran makanan Lembah Klang
Iklan
Aminuddin ketika meninjau sekitar karnival.
SEREMBAN - Daerah Lenggeng berpotensi untuk dikomersialkan khususnya industri pertanian dengan fokus terhadap hub pengeluaran makanan bagi Lembah Klang.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, Lenggeng mempunyai keunikan tersendiri dari segi budaya, ekonomi dan sosial.
Iklan
Iklan
"Lebih jelas, ia kawasan yang banyak menyumbang kepada industri tani negara.
"Tanah pertanian yang boleh dibangunkan dan dimajukan dengan fokus kepada pengeluaran makanan untuk Lembah Klang,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Lenggeng Sejahtera di Kampung Rawa Ulu di sini, semalam.
Iklan
Aminuddin (tiga dari kiri) bersama beberapa artis tempatan yang turut mengambil tempat dalam karnival berkenaan.
Hadir sama, ADUN Lenggeng, Suhaimi Kassim dan Pengerusi Pertubuhan Pembangunan dan Konsultasi Bandar Tasik Senangin, Mohd Apandi Zainudin.
Aminuddin berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.4 Juta untuk membangunkan tanah terbiar di negeri ini dan mahu kawasan Lenggeng diusahakan projek pertanian.
Iklan
Bagaimanapun katanya, usaha tersebut tidak berjaya tanpa sokongan jabatan dan agensi berkaitan seperti Jabatan Pertanian, Veterinar boleh membantu melonjakkan setiap pengeluaran.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>