GUATEMALA -Sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala 20 lagi cedera dalam kejadian rempuhan di konsert meraikan Hari Kemerdekaan Guatemala di bandar Quetzaltenango pada Khamis.
Menurut laporan Palang Merah Guatemala, pihaknya dan anggota bomba bertindak membantu lebih 20 orang yang cedera mendapatkan rawatan di hospital.